Monday, February 24, 2014

INDAHnya DuniaMu..SUBHANNALLAH

Assalamualaikum..

Nampaknya sejak kebelakangan ni macam rancak pula ye aku mengupdate entry baru yang kadangkala macam tak berguna. Tapi sebenarnya kalau di baca dari sudut positf ada la seketul dua isi yang boleh di keluarkan. walaupun orang akan cakap ish budak ni dah kenape.. tak pon orang akan cakap ape la di bebel sesorang dalam blog ni dah la tah pape penulisan tunggang langgang. ok cukup memburukkan blog hodoh ni. 

lupakan fasal tu. sekarang aku nak bercerita tentang benda positif, kurangkan mengarut, berfikiran maju sedikit, dan berfikir fasal akhirat. hah seram tak dengar fasal akhirat bukan apa hanya ingatan untuk sesama manusia bahawa kematiaan tidak menunggu tua dan pada bila-bila masa sahaja ia akan berlaku. mungkin esok atau lusa giliran aku menemui ajal. dan lepas tu tak ada sape dah nak update blog ni. ayah dan mak tidak perah tahu aku ada blog. adik-beradik juga. rakan ada segelintir sahaja yang tahu tapi mereka tidak mungkin nak menggantikan aku.

                         

pernah tak baca buku Ahmad Ammar ni.. pada yang pernah baca tu pasti tau tentang perkataan GPTD. bagi yang tak tahu tu mesti tertanya-tanya apa GPTD tu. GPTD tu sebuah kelab Grop Pengkaji Tamadun Dunia. kalau nak tahu kenapa aku cerita pasal ni sebab aku pun salah seorang ahli GPTD di UNISEL.. kalau nak join jom masuk UNISEL intake Mac ni. Aku rasa sangat bertuah tau sebab aku merupakan seorang ahli gptd. bagi adik-adik yang masih tercari-cari hendak melanjutkan pelajaran di mana jom masuk unisel bestari jaya tau. kalau nak jumpa akak kau ni yang kuat membebel di blog die ni la.. ni ada LINK apply unisel klik je. kalau dah join gptd tu kita mesti jumpa punya sebab aku ni nak kata aktif tak juga.. tapi kita pasti jumpa.. In Sya Allah.. 

sebenarnya bukan nak cerita fasal tu semalam aku baru je balik dari kem induksi kepimpinan anjuran GPTD ni.. walaupun ianya tak la seperti yang dirancang tapi menarik. kami pergi tanjung karang, kuala selangor je.. dekat je dari unisel bestari jaya..

                     

nampak tak belakang tu apa..sawah padi..aku jakun sikit sebab first time jejak kaki kat sawah padi..kesian..
         
   

nampak tak keindahan sawah padi di situ...indahnya ciptaan MU ya Allah...SUBHANALLAH...
   
nikmatnya makan aiskrim sambil melihat pemandangan yang tenang..yang lagi syok aiskrim tu ada orang sponsor..memang lagi nikmat la jawabnye...hahaha..thank you ENCIK SU lecturer yang paling awesome..hahaha
okey la pape pon jangan lupa join gptd tau..aktiviti banyak menarik. korang akan merasa jelajak keseluruh dunia.. kalau ada rezeki aku nak join gptd pergi medan pulak..MEDAN,INDONESIA tu..

No comments:

Post a Comment