Friday, November 16, 2012

Assalamualaikum

mak oi mak oi makkkkkkk oiiiiiiiiiiii . . lebih ye budak ni . persoalannya . patut lagikah di panggil budak?? patut aje ada aku kesah . walaupun umo kau dah nak mencecah 18 tahun . ea la . lagi pon dekat rumah ayah mak kakak abang semuanya la still lagi panggil aku adik . pecah rahsia wey . pecah rahsia . lebih manja bukan . anak bongsu la katakan . aina tak malu pon sebabnya ramai la kawan-kawan aina yang anak bongsu dan kebanyakkannya jugak mak bapak dia orang panggil "ADIK". asal pulak aku membebel tah pape ni. hang pa punya pasal la nie . anak jati johor kot ada hang pa hang pa . pelik je bunyi .abaikan .

walaweyyy macam dah berabad lamanya aku tak bukak lappy ni . padahal tiap-tiap jam saat dan sewaktu dengannya kot di cuci di berus di sental dengan jari jemari dahku yang tak berapa nak lembut ni . sebabnya dah terajin menyental kau lappy . KENAPA ???KENAPA??? sambil tumbuk tumbuk meje hentah hentak kaki kat lantai . . dah kenapa??kenapa kau cakap..lappy aku dah di serang semut. Ye Ke !! buat muka terperanjat padahal tak ikhlas pon dan tak terperanjat pon .sedih betul la dengan korang ni tak ambik berat langsung . . cik semut saye tahu la lappy saye yang ni dah uzur tak payah la cik semut nak menjahanamkannye lagi . dah la lappy yang baru tu aina terhumban dalam perigi . sila percaya tau . jadi tertutup sikit la kesalahan yang pernah daku buat . kesian lappy yang tu dah hilang nyawa . kalau nak bagi nyawa korang pon dah tak de guna lagi . macam doktor keluar bilik kecemasan lepas tu geleng 3 kali dan "MAAF anda terlewat nyawanya tidak dapat diselamtkan lagi." hah macam tu la .

Jangan la pergi dulu sebelum aku dapat pengganti diri mu ya . tau lappy . AMARAN ni . apa aku ni dah tak cukup bagus ke nak jaga kau.kau ingat kau ni apa hah . wei wei lek lek kau marah marah dia pon bukan dia faham pon membazir air liur je . ada betul jugak . senyap je la . bunyi burung cengkerik semua dengar . ala bosan pulak aina tak kepoh macam duduk dekat utan . sunyi je . ala dia dah tak nak layan kita la . tak pon dia dia dia dah bisu . . sedap mulut korang cakap  aku dah bisu ea . CIS CIS CIS !!!! dengan aksi yang melampau angkat meja lepas tu campak . abis mak marah . mak jangan marah marah nanti lagi nampak tua . OPPPPSSSSYYY derhakakah aku cakap sebegitu? tak pe la mak nanti adik belikan yang baru . konon nak lembutkan hati orang tua yang tercinta katanya . tapi bersyarat pulak . tapi mak kena balikan adik lappy baru dulu la . mesti mak korang pon akan cakap benda yang sama dengan mak aina cakap " daripada aku belikan kau laptop baik aku beli meja baru . " gitu la ayatnye.hehahehhe...

tapikan kan kan aina ada la cakap dengan mak yang lappy ni di serang semut lepas tu macam ni mak cakap balik...

A  : Aina
M : Mak


A  :  Mak asal banyak semut kat dalam laptop ni . .

M : (senyap tak cakap pape)

A  : (senyap jugak la kan )

   2 , 3  minit kemudian

M : agaknye semut tu nak cari kawan dekat facebook jugak la tu.

A  : (ketawa tapi dalam hati ada jugak cakap mak ni perli ke ape . . )


okey aku tahu mak aku sentiasa memerhatikan aku walaupon dia tak dok ghadap depan aku . kesimpulannya berhati-hati la bila korang bukak fb , blog  or sebagainya aina kompom mak bapak korang sedang memerhatikan korang .

pesanan ringkas dari aina : jangan sesekali bukak yang tak senonoh kalau dah serve internet ni.



No comments:

Post a Comment