Friday, November 16, 2012

Assalamualaikum

mak oi mak oi makkkkkkk oiiiiiiiiiiii . . lebih ye budak ni . persoalannya . patut lagikah di panggil budak?? patut aje ada aku kesah . walaupun umo kau dah nak mencecah 18 tahun . ea la . lagi pon dekat rumah ayah mak kakak abang semuanya la still lagi panggil aku adik . pecah rahsia wey . pecah rahsia . lebih manja bukan . anak bongsu la katakan . aina tak malu pon sebabnya ramai la kawan-kawan aina yang anak bongsu dan kebanyakkannya jugak mak bapak dia orang panggil "ADIK". asal pulak aku membebel tah pape ni. hang pa punya pasal la nie . anak jati johor kot ada hang pa hang pa . pelik je bunyi .abaikan .

walaweyyy macam dah berabad lamanya aku tak bukak lappy ni . padahal tiap-tiap jam saat dan sewaktu dengannya kot di cuci di berus di sental dengan jari jemari dahku yang tak berapa nak lembut ni . sebabnya dah terajin menyental kau lappy . KENAPA ???KENAPA??? sambil tumbuk tumbuk meje hentah hentak kaki kat lantai . . dah kenapa??kenapa kau cakap..lappy aku dah di serang semut. Ye Ke !! buat muka terperanjat padahal tak ikhlas pon dan tak terperanjat pon .sedih betul la dengan korang ni tak ambik berat langsung . . cik semut saye tahu la lappy saye yang ni dah uzur tak payah la cik semut nak menjahanamkannye lagi . dah la lappy yang baru tu aina terhumban dalam perigi . sila percaya tau . jadi tertutup sikit la kesalahan yang pernah daku buat . kesian lappy yang tu dah hilang nyawa . kalau nak bagi nyawa korang pon dah tak de guna lagi . macam doktor keluar bilik kecemasan lepas tu geleng 3 kali dan "MAAF anda terlewat nyawanya tidak dapat diselamtkan lagi." hah macam tu la .

Jangan la pergi dulu sebelum aku dapat pengganti diri mu ya . tau lappy . AMARAN ni . apa aku ni dah tak cukup bagus ke nak jaga kau.kau ingat kau ni apa hah . wei wei lek lek kau marah marah dia pon bukan dia faham pon membazir air liur je . ada betul jugak . senyap je la . bunyi burung cengkerik semua dengar . ala bosan pulak aina tak kepoh macam duduk dekat utan . sunyi je . ala dia dah tak nak layan kita la . tak pon dia dia dia dah bisu . . sedap mulut korang cakap  aku dah bisu ea . CIS CIS CIS !!!! dengan aksi yang melampau angkat meja lepas tu campak . abis mak marah . mak jangan marah marah nanti lagi nampak tua . OPPPPSSSSYYY derhakakah aku cakap sebegitu? tak pe la mak nanti adik belikan yang baru . konon nak lembutkan hati orang tua yang tercinta katanya . tapi bersyarat pulak . tapi mak kena balikan adik lappy baru dulu la . mesti mak korang pon akan cakap benda yang sama dengan mak aina cakap " daripada aku belikan kau laptop baik aku beli meja baru . " gitu la ayatnye.hehahehhe...

tapikan kan kan aina ada la cakap dengan mak yang lappy ni di serang semut lepas tu macam ni mak cakap balik...

A  : Aina
M : Mak


A  :  Mak asal banyak semut kat dalam laptop ni . .

M : (senyap tak cakap pape)

A  : (senyap jugak la kan )

   2 , 3  minit kemudian

M : agaknye semut tu nak cari kawan dekat facebook jugak la tu.

A  : (ketawa tapi dalam hati ada jugak cakap mak ni perli ke ape . . )


okey aku tahu mak aku sentiasa memerhatikan aku walaupon dia tak dok ghadap depan aku . kesimpulannya berhati-hati la bila korang bukak fb , blog  or sebagainya aina kompom mak bapak korang sedang memerhatikan korang .

pesanan ringkas dari aina : jangan sesekali bukak yang tak senonoh kalau dah serve internet ni.



Wednesday, November 14, 2012

Persahabatan yang Indah

TERMENUNG dekat tingkap rumah

dalam hati

"bila la dapat jumpa lagi.macam mana la rupa dia sekarang mesti lagi..."

"Ahhh...berangan je la aku ni.entah jumpa lagi ke tak.silap-silap dah ber...."

Fikirannya semakit kuat mengingati zaman kanak-kanaknya yang sudah lama berlalu.Walaupun ketika itu usianya baru memcecah 6 tahun tapi Ain mempunyai ingatan yang sangat kuat.Perpisahannya dengan rakan seperjuangan suatu ketika dahulu sangat memedihkan hati.Mana tidaknya apabila sahaja mereka mahu serasi dengan rakan-rakannya yang berada di Sabah bapanya telah di tugaskan semula di semenanjung.


SUASANA suram mula meyelubungi kawasan rumah Ain.

"Ain nanti bila kau dah pindah sana jangan lupa aku tau."

Kedengaran satu suara yang tak sudah-sudah mengingatkan aku agar tidak lupa kepadanya.Aku memandangnya dengan perasaan hiba.

"Okey.Nanti bila kau balik semenanjung jangan lupa cari aku tau.Aku tunggu kau."

"Okey."

Air mata jernih jiran tertangga mula mengalir.Aku juga turut terasa kehangatannya.Semua ahli keluarga berasa sangat pilu apabila mengenangkan tidak akan kembali lagi ke sini.Aku dan yang lain memasuki perut van yang akan menghantar kami ke airport.


"ADIK, apa yang di angankan tu."

sapa kakak yang agaknya dari tadi memerhatikan perlakuan aku yang tidak semena itu.Kakak merupakan pelajar dalam bidang kedoktoran di salah sebuah institusi terkemuka di India.

"Eh,kakak bila sampai ni?"

"Kau ngigau apa dik.Semalamkan aku sampai."

Dahi aku berkerut.Ya baru ingat yang kakak telah balik dari semalam.

Hati aku berdetik lagi..

"Apa aku nak cakap ni.Kantoi la kau dia perasan yang aku tengah berangan tadi."

"Aah la lupa pula semalamkan kakak sampai."

"Dah la pergi tolong mak dekat dapur tu.Aku nak rehat penat tak hilang lagi ni."

Cis,dah tidur satu malam pun tak cukup lagi ke.cakap la malas senang cerita.Pakal je aku dah malu dengan dia kalau tak dah lama aku bidas je cakap dia.

TEPAT pukul 6.00 pagi aku bangun dari tidur untuk bersiap ke sekolah.SMK Sultan Alauddin merupakan sekolah yang pertama dan terakhir aku berdiri untuk menimba seberapa banyak ilmu.

"Adik cepat la dah pukul berapa ni."

Jerit emak dari dapur.

Tepat pukul 7.00 pagi sampai aku ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran seperti biasa.Liya dan Ika seperti biasa akan menyiapkan kerja-kerja sekolah yang tertangguh.Selesai sesi pembelajaran masa ke 5 tibalah waktu rehat.

"Ain ada budak baru form 5."

Tiba-tiba Ika bersuara.

"Ea,kelas mana?"

"Tak tau lagi.Dia masih kat pejabat.Lelaki tau.Mintak-mintak handsome la."

Aku mengerutkan dahi.

"Apa la kau ni tak ubah-ubah perangai."

Lonceng berbunyi menunjukkan bahawa tamatlah waktu rehat bagi hari ini.Semua pelajar menuju ke kelas masing-masing bagi memulakan sesi seterusnya.

Tak lama selepas itu guru mata pelajaran matematik pun masuk iaitu Cikgu Hazim.Kelihatan pelajar 5 UM masing-masing bersemangat untuk meneruskan sesi pembelajaran ini.Sedang khusyuk belajar tiba-tiba kedengaran satu ketukan dari pintu.

TUK TUK TUK

"Assalamualaikum.ni kelas 5 UM ke?Saya pelajar baru."

Cikgu Hazim pun menyahut.

"Waalaikumusalam.Ya.Silakan masuk.Duduk la dulu di tempat kosong ni."

Aku masih khusyuk menyelesaikan soalan matematik dan masih tidak pandang ke arah pelajar baru itu walaupun sekali.Aku ingin melihat rupa pelajar baru itu tetapi pandnagan aku terhalang oleh beberapa orang pelajar yang duduk di belakangnya..


"AKAK ade budak baru tadi kat sekolah."

"Ai dah nak periksa pon masih ada yang pindah ke."

"Ada la.Abis yang kat sekolah tadi tu apa."

"Perempuan ke lelaki?"

"Lelaki."

"Handsome tak.Mesti handsomekan..."

"Tah tak tau tak nampak lagi rupa dia."

"Ai pelik je.Satu kelaskan."

"Aah.tapi tak tengok lagi pon."

Kakak mengerutkan dahi dan lepas tu terus meninggalkan aku di beranda rumah.


PETANG itu Ika dan Liya mengajak aku berjalan-jalan di taman.Aku terus meminta izin emak untuk keluar berjalan dengan Ika dan Liya.Apabila mak mengizinkannya aku terus mencapai kunci motor skuter ego yang baru di miliki.Kami bercadang untuk berjumpa di taman.

"Mana Ain ni lambat la pulak dia.tak pernah-pernah lambat."

"Sabar la sekejap lagi sampai la tu.hah tu pon dah sampai."

"Sorry la lambat sikit.jom la."

"Eh kejap kejap.Tu budak baru tukan."

Tiba-tiba Ika bersuara.Liya terus memandang dengan lajunya.Aku dengan keadaan malas memandang.Apabila aku melihatnya aku berasa seperti pernah melihatnya.Aku rasa dia juga begitu.Ika terus menuju ke arahnya dan memperkenalkan diri.

"Ika ni pantang nampak lelaki handsome sikit terus je tegur."

"Ala, rileks la diakan budak kelas kita jugak."

"Jom la kita pergi dekat dia orang.''

Aku dan Liya menuju ke arah Ika lalu Ika memperkenalkan aku dan Liya dengan budak baru itu.

"Ha.ni kawan aku Liya dan Ain.Ain Liya nama dia Faiz."

Aku dan Faiz hampir sama terjerit kecil.Liya dan Ika berpandangan sesama sendiri dan hairan.

"Ni kau ke Faiz?"Aku bersuara.

"Ye la.tak salah lagi ni kau.Peh lama sangat tak jumpa.Apa kabar kau sekarang sihat tak?"

"Sihat la.Tak sangka aku kau rupanya budak baru yang masuk kelas tadi."

Liya dan Ika masih tidak faham macam mana kami boleh kenal.Aku dan Faiz terpaksa menceritakan satu persatu dengan mereka berdua.


AKU menuju ke kelas seperti biasa.Sesampai di kelas aku dapati Faiz telah bertukar kedudukan di sebelah meja aku.Aku hanya tersenyum sendiri.

"Nampaknya persahabatan kau dengan dia bersambung balik la ni.jelousnye aku nengok."

Sapa Liya kepada aku.Aku hanya tersenyum dengan percakapannya.Sejak Faiz duduk di sebelah aku hubungan aku dengan dia semakin rapat.Sampai ada desas-desus yang mengatakan kami ini couple.Merepek je.Kawan lama kalau jumpa mesti banyak cerita nak kongsi.

"Ain petang ni kita jumpa dekat tempat biasa tau."

"Aku on je.Nanti aku ajak Liya dengan Ika ea.Kau pun ajak la Naz dengan Lut ada jugak kawan nak selamatkan kau kalau kitaorang kacau kau nanti.hahaha.."

"Amboi kau.Ye la nanti aku ajak."


TEPAT pukul  4.30 petang aku terus menuju ke rumah Liya untuk mengambilnya.Ika sudah tunggu di taman. Aku meneruskan perjalanan ke taman.

"Cepatnya kau bawak motor.Kau merempit apa.hahaha."

"Oooo cakap baik sikit ea.berhati-hati tau aku bawak tak caya kau tanya penumpang aku ni."

Liya menunjukan reaksi seperti nak mabuk kerana ingin menunjukan bahawa aku memandu dengan laju.

"Kau Liya berkomplot ea tak pe balik kau jalan kaki."

"Alaaa...Gurau pon tak boleh ke."

"Tau takut.Hah ni kau Faiz asal kau cakap aku bawak laju ni."

"Mana taknya tadi masa aku lalu depan rumah kau motor kau ada lagi depan rumah.Ni aku baru sampai kau pon dah sampai jugak."

"Ye la tu."

Ika,Lut,dan Naz yang dari tadi memerhatikan perlakuan kami tidak sudah-sudah ketawa.Nampaknya persahabatan yang telah terputus lama itu semakin hari semakin akrab.Sehinggakan tiada seorang yang berani menghancurkan persahabatan mereka semua.


Friday, November 2, 2012

SPM sudah hampir....

Assalamualaikum..

dup dap dup dap.jamtung dah nak gugur ni.sesi pembelajaran dah tamat,time suka suki kite rehatkan dulu.time dok mengadap muka buku,twitter,instagram,blog,vlog dan sewaktu dengannye kite berhenti seketika bersama kit kat.ape punya ayat da...oit cik adik isnin ni dah nak pekse b.melayu bahasa kena betul..ada kang yang terbawak-bawak masuk dalam pekse nanti.

kalau cakap soal dah siap sedia belum.memang ramai akan membisu bila soalan ni diajukan.mana taknye pekse isnin ni.tak ke seram.lagi slip dan buku jadual dah dapat.


hah nampakkan dah dapat tu...woooo budak spm..kesian kami class LK(lukisan kejuruteraan) paling lambat abis exam..6 /12/12 korang semua jangan la nak jelozkan kite orang yang lambat abis ni..huhuhuhu..nanti tak fokus okey...silap-silap nanti baju sekolah pon entah kemana sebab selang examnye lama sangat.hahaha..

okey la di kesempatan ni aina nak wish kat kengkawan yang mengenali semoga korang dapat la fokus kat spm yang cuma mengambil masa beberapa hari je tu...kalau kira minggu memang la lama sebab tu aina suka menghitung hari..hanya 9 hari perjuangan ku....heheehhe..suka suka jugak spm tetap dalam fikiran tau.

okey dah banyak buang masa ni..masa banyak lagi diperlukan untuk menelaah buku-buku tu.6 / 12 nanti baru aina sambung berbelog dan bergiat aktiv.lagi sekali aina nak ucapkan selamat maju jaya ye kengkawan..love you..salam sayang dari aina dan aina jugak..hehehe

ni masa malam seribu kenangan kira macam candle light dinner la....