Tuesday, July 24, 2012

cerita puasa...

assalamualaikum

dah puasa ke 4 baru aina ada masa nak update entry baru...hah macam mana puasa korang...okey tak..bagi kakak2 dan abang2 tu jangan ponteng puasa tau...DOSAAAA...hahahaha..

dah beli baju raya belum.aina dah beli awal tak...hahahah...semangat nak raya ni...*oi cik adik SPM dah nak dekat....tak payah nak beraya sangat study.trial lepas raya kan.


mesti masa pertama puasa ada macam2 ragamkan..lagi2 kepada budak2 kecik yang baru belajar puasa tahun ni..ala sweetnya tengok dak2 kecik pose.teringat pulak anak sedara aina masa tahun perrtama dia puasa.masa tu umur dia 4 tahun.masa sahur nak kejut bukan main susah.bila dah bangun dia basuh muka bahagian mata je...hahaha.macam cerita P.Ramlee tu..lepas tu duduk dekat meja makan sambung tido..hahaha...kelakar je..bila dah siang dia tanya bila nak buka..lepas tu ibunya jawab tunggu azan..tak lama lepas tu azan.geli hati aina di buatnya...ye la mana taknya baru azan zuhur..terlupa nak bagi tahu tunggu azan mahgrib..hahaha...

agaknya masa aina kecil2 dulu pun macam tu..

sekarang anak sedara aina yang ni dah 6 tahun.tahun lepas full tau dia puasa 30 hari..aina tahun lepas pon tak full...hahahah..biasa la perempuan.

hari ni buka apa ea...MAk nak makan lapoooo....hahahhaha..sabar aina tak lama tinggal 2 jam je lagi nak buka...nasib baik la aina duduk johor cepat sikit buka dari nageri lain..hah kepada sesiapa yang duduk dekat negeri yang lambat buka tu jom ramai2 duduk johor..hahaha..*eleh setakat lambat  10-15 minit je kot.. tak rasa pon..

okey puasa2 ni tak boleh nak bercerita panjang lebar..sebagai perempuan nak tak nak kena turun dapur..walaupun terpaksa..*tak ikhlas la ni..okey la mak dah menjerit tu suruh tolong buat air untuk berbuka....ala buat air cincau je...untuk pengetahuan korang air cincau merupakan air wajib kami sekeluarga bila puasa...kalau kuih pulak karipap..yemmmm....sedapnye....

okey akhir kata aina nak ucapkan 

selamat menjalani ibadah puasa di sepanjang bulan ramadhan

huhuhu aina pilih warna hijau sebab warna ketupat..haha nampak sangat tak sabar nak makan ketupat..okey la aina nak kedapur dulu..kbhai ...

No comments:

Post a Comment