Friday, July 27, 2012

PLKN

Assalamualaikum



korang tengok muka budak kat atas tu ada ke ciri-ciri seorang calon plkn.macam tak layak je.rasa ye ramai lagi yang layak kot..tengok gambar tu pon macam tak setuju je aina terpilih pergi PLKN sesi 2013..blur dan gelap je gambarnya..aina sebenar tak pernah berpisah lama dengan family sebab tu aina risau.sebabnya mummy aina tak pernah nak bagi aina berdikari sendiri..entah2 aina dapat PLKN ni pon dia berat nak lepaskan..takut tak de kawan...

aina tak tau dalam sekolah aina ada berapa ramai yang dapat pergi.tp dlm kelas aina ada dlm 4 orang gitu  je...best tak ea dapat pergi PLKN..aina tak tau sebab tak pernah dalam family aina yang dapat pergi PLKN ni.tapi kalau dengar pengalaman orang yang pernah pergi tu macam best je..sebabnya....

1)dapat kawan baru..
2)dapat belajar berdikari...basuh baju sendiri la ni jawabnya...huaaaa...nak bawak mesin basuh boleh tak..,hehehe
3)dapat buat aktiviti yang syok2...macam mana la syoknye tu....

banyak lagi la kot keseronakkan yang dapat dekat PLKN...pssstttttt.....tapi yang ni lagi best dapat cari pakwe....hehehhehe.....ishhh...apa la kesitu pulak dah dia..okey2 lagi satu yang best dapat duitkan...ehehehe..ini yang paling best.

tak sabarnya nak pergi..

Wira wirawati harapan bangsa
Tiba masa kita berjasa
Kita sahut cabaran bederas seiringan
Demi mencapai wawasan.

Kenali rakan pelbagai budaya
Selami warisan kita yang kaya
Bersama bergandingan tiada perbezaan
Kita Warga Malaysia.

Berkhidmat untuk negara
Berbakti penuh setia
Satu hasrat satu semangat satu tekad bersama.

Kami wira wirawati negara
Kini masa kami berjaya
Kami sahut cabaran berderas seiringan
Kami pasti mencapai wawasan.

Kita sahut cabaran bersama bergandingan
Berkhimat untuk negara
MALAYSIA!!!

lalaaaa...........tak sabar sangat la dah terdengar-dengar je lagu ni kat telinnga...hahhahaah

okey fine..hati aina sebenarnya 50 50 lagi nak pergi atau tak...takut pon ada.aina tak boleh bayangkan muka scoutsmasternya mesti misai lentik2...serem meh... -_-
okey bagi kawan yang tak dapat pergi aina harap korang doakan kawan2 korang yang dapat ni selamat masa ada di camp tu...okey la nak pergi kemas barang dari sekarang...hahahha *semangat ye aina nak gi..macam ni la contoh terbaik...huhuhu

Tuesday, July 24, 2012

cerita puasa...

assalamualaikum

dah puasa ke 4 baru aina ada masa nak update entry baru...hah macam mana puasa korang...okey tak..bagi kakak2 dan abang2 tu jangan ponteng puasa tau...DOSAAAA...hahahaha..

dah beli baju raya belum.aina dah beli awal tak...hahahah...semangat nak raya ni...*oi cik adik SPM dah nak dekat....tak payah nak beraya sangat study.trial lepas raya kan.


mesti masa pertama puasa ada macam2 ragamkan..lagi2 kepada budak2 kecik yang baru belajar puasa tahun ni..ala sweetnya tengok dak2 kecik pose.teringat pulak anak sedara aina masa tahun perrtama dia puasa.masa tu umur dia 4 tahun.masa sahur nak kejut bukan main susah.bila dah bangun dia basuh muka bahagian mata je...hahaha.macam cerita P.Ramlee tu..lepas tu duduk dekat meja makan sambung tido..hahaha...kelakar je..bila dah siang dia tanya bila nak buka..lepas tu ibunya jawab tunggu azan..tak lama lepas tu azan.geli hati aina di buatnya...ye la mana taknya baru azan zuhur..terlupa nak bagi tahu tunggu azan mahgrib..hahaha...

agaknya masa aina kecil2 dulu pun macam tu..

sekarang anak sedara aina yang ni dah 6 tahun.tahun lepas full tau dia puasa 30 hari..aina tahun lepas pon tak full...hahahah..biasa la perempuan.

hari ni buka apa ea...MAk nak makan lapoooo....hahahhaha..sabar aina tak lama tinggal 2 jam je lagi nak buka...nasib baik la aina duduk johor cepat sikit buka dari nageri lain..hah kepada sesiapa yang duduk dekat negeri yang lambat buka tu jom ramai2 duduk johor..hahaha..*eleh setakat lambat  10-15 minit je kot.. tak rasa pon..

okey puasa2 ni tak boleh nak bercerita panjang lebar..sebagai perempuan nak tak nak kena turun dapur..walaupun terpaksa..*tak ikhlas la ni..okey la mak dah menjerit tu suruh tolong buat air untuk berbuka....ala buat air cincau je...untuk pengetahuan korang air cincau merupakan air wajib kami sekeluarga bila puasa...kalau kuih pulak karipap..yemmmm....sedapnye....

okey akhir kata aina nak ucapkan 

selamat menjalani ibadah puasa di sepanjang bulan ramadhan

huhuhu aina pilih warna hijau sebab warna ketupat..haha nampak sangat tak sabar nak makan ketupat..okey la aina nak kedapur dulu..kbhai ...

Saturday, July 7, 2012

handphone..

Assalamualaikum...

hai guys.bersemangat tau subuh-subuh aina dah menaip.tadi lepas sahur tak boleh tidur.*puasa ganti.dah tak boleh tidur tu aina terus je la ambil kesempatan buka lappy yang comel ni...

tetiba hati tergerak nak tulis entry pasal handphone.first time ada phone sendiri masa awal tahun 2008..kira umur 13 tahun..dah besar sikit baru ada phone sendiri.tak macam kawan yang lain darjah empat lima dah dapat...kira aina lambat juga la...dalam masa lima tahun ni aina baru tukar 5 jenis je..kalau nak dibandingkan dengan kong semua mesti korang lagi banyak tak...

ni handset first aina...





lepas tu aina pakai hendset ni




 


handset aina yang sebelah kanan tu..

aina tukar lagi handset LG...
sekejap biar aina cari kat pak cik google....ada ke tak gambar handphone tu..ala jumpa la..aina rasa hendset tu tak famous la,....tak jumpa la...sorry tak dapat nak tunjuk...model yang mana...


okey lepas tu aina dapat pakai balik handset yang first tu...


bila aina dapat handset baru...sony erisson model s312..ala yang macam ni





aina beli baru lagi sebabnya yang ni aina bagi akak...aina kesian dekat akak yang bernasib kurang baik ketika tu...mula-mula tu akak pakai handset sabun...



sebab kecuaian akak aina handset dia kena curi....sapa la manusia yang durjana ketika itu...tak ada sivik langsung.nak beli la sendiri...masa hilang tu akak pergi jusco...akak sedih betul masa handset dia hilang..handset tu banyak gambar anak dia masa bayi...dah la budak tu tembab...lepas tu aka beli handset ni..
kena baling dengan anak dia jahaman.....akak pun dah malas nak beli lagi handset...lepas tu my mum pun suruh aku pinjamkan handset sony ericsson tu..aku ni dengan murah hatinya bagi la....*bangga ni..last-last aina pulak yang boring tak ada handset...nombor pon dah hilang...segala-galanya hilang..

akhir tahun lepas..dalam bulan 11 gitu la...aina lalu la depan kedai handset ni..lepas tu aina berkenan kat satu handset ni...murah...lepas tu duit pon ada..terus je terjah..dan bawa balik...ala hendset murah je...
dan handset tu ramai la budak-budak sebaya aina pakai....SAMSUNG CHAM...warna pink lagi tau...




ini la handset aina...yang aina guna sampai sekarang....

jap jap jap...tapi buat masa sekarang ni aina tengah gilakan handphone iphone 4s.kalau ada sesiapa yang murah hati baik hati yang lawa lagi handsome or cantik tolong la bagi...hehehehe...*muka tak malu ada ke patut..main mintak-mintak je...please...aina tengah gila ni....GILA IPHONE 4S....aina nak macam kat bawah ni..



nak sebiji macam ni..warna puti berkilat....kalau ada sesiapa duit dah melambak tu hulur-hulur satu kat aina tau...heheheh....serius ni aina cakap!!!!

p/s: ingat tau bagi aina....

Wednesday, July 4, 2012

sukan tahunan

Assalammualaikum

waa.....penatnya hari ni aina rasa.apa la taip-taipje terus melalak.walaupun hari ni balik sekolah pukul 6.00 pm.tapi aina masih nak menaip juga.bayangkan la pergi pukul 7.00 am smpai pukul 6.00 pm.11 jam tu dekat sekolah.WOW tak pernah la aina pergi sekolah sampai 11 jam.nasib la malam ni tak ada kelas kalau ada juga tak tau apa jadi rupa aina nanti.

hari tak masuk kelas pon.pergi sekolah tapi tak masuk kelas.*hah ponteng ea.ea jangan fikir bukan-bukan.tak baik.aina tak ponteng.biasala kalau dah jadi senior ni susuah sikit macam-macam kerjanya.aina dan kawan aina ditugaskan untuk buat kupon makanan dan bagi kat setiap ahli yang dah bayar.semua sekali kalau tak silap ada 130 orang.lebih kurang gitu la.bayangkan nak kena cari budak-budak ni ke kelas-kelas.kalau semuanya ada kat kelas masing-masing tak apa.ni ada yang kat makmal la dekat padang la.tapi akhirnya siap juga dari pukul 9.30 sampai la  tepat pukul 12.00 tengah hari.huh lama tu.

aina sebenarnnya nak cakap untuk hari pertama sukan ni rumah merah iaitu rumah pasukan aina sendiri telah merangkol 12 pingat emas yang lain lain tak ingat.aina tak masuk apa-apa pon.tak ada bakat dalam sukan la.tapi petang tadi enjoy sangat-sangat.sampai nak hilang di buatnya suara.punya la hebat bersorak tadi.rakan yang turut bersorak ialah IKA.


dia ni lagi hebat bersorak..pekak dibuatnya telinga.*aku ambil gambar kau jangan marah..kalau kawan yang lain lain tak ada gambar dia orang nak ambil kat fb diaorang takut..*pelik je bunyinya..alah abaikan je..


hah nak kenal dengan kawan aina yang lain lain tak..kira kita orang ni dah macam BFF la.bukan macam la tapi memang la.






yang ni namanya khalilah.nak panggil khalilah panjang sangat so di singkatkan jadi la LELA..





ini adira aina panggil dia DIRA cukup.dia ni kuat berangan orangnya....





hah yang ni pon kawan baik aina kita orang dah macam ada talian darah tau...tapi sejak aina dah pindah aina dah jarang berhubung dengan dia ni.nama dia IDA..


alamak yang lain-lain tak jumpa pulak gambar-gambar dia orang tak apa nanti aina jumpa aina sambung lagi...




P/s: dia orang semua terbaekkkkk....WE BEST FRIENDS FOREVER AND EVER...


Monday, July 2, 2012

~blog baru~


Assalamualaikum

Aina dah lame sangat tak update blog yang lama.hari ni tup tup tergerak nak bukak...TAPI bila aina buka je dah ada pembaharuan...terus je buat baru yang lama dah tendang jauh-jauh. *ganasnya Kalau boleh aina nak serius sikit kali ni dalam dunia berbloger...buat masa ni aina rasa tak sempat sangat la nak update tiap-tiap hari.SPM kan dah nak dekat.Oh ye aina ni baru je 17 tahun *chopppp 17 bukan dah besar ke nombor tu apa-apa pun tahun ni (2012)  aina ada periksa besar. doakan aina berjaya dunia akhirat ye...tolong doakan sekaliye kawan-kawan aina.

walaupun ni blog ke 2 aina tapi aina masih kurang tahu selok belok blog tau...*jangan pelik sebab aina sendiri pun pelik.blog kali ni aina nak tulis panjang-panjang biar sape yang baca penat mata dia kekiri dan kekanan...hahaha...jahatnya saya.aina nak tebus balik blog yang sebelum ni dah la tak seberapa jadi kali ni nak buat seberapa okey la.ala tangan aina dah penat nak menaip panjang berjela.hah apa kata aina tunjuk gambar pemilik blog ni...


                                                    memperkenalkan pemilik blog ni ...




haaaa ni la aina masa kecik-keccik muda mudi cute miut dulu*ada ke perkataan miut.tapi gambar ni macam ............eh jangan la pecahkan rahsia dulu.bagi tengok puas-puas.hah dah puas tengokkan.ni bukan la gambar aina tapi gambar anak sedara aina.comelkan.pandai possing tau..umur dia 2tahun..asal pulak aina cerita pasal budak ni.bebalik semula pada diri aina.apa korang nak tau tentang aina....tak apa la biar aina cerita satu persatu tentang diri aina.

1) aina ni seorang budak yang sangat pemalu.kalau nak kawan dengan aina ni kena tegur dulu baru aina rancak bebual.

2) tabiat pelik aina kalau ada nombor baru masuk kat phone cikai aina tu aina takut nak jawab.so nasib korang la kalau tepon aina tak mesej perkenalkan diri.

3) aina kalau dengar kawan-kaawan cerita pasal pakwe diaorang masuk telinga kiri keluar telinga kanan la jawapnya.sebab aina tak ada pakwe.sesiapa nak isi borang boleh la...hahaha*ish promote diri la pulak budak ni.


4) aina anak bongsu...kalau anak bongsu mesti korang fikir anak manja..*shooot anak manja please la...tak reti la nak manja-manja dengan mummy daddy.aina dah di ajar dari kecil kena pandai buat semua sendiri tapi kekadang tak juga...

5)yang ke lima cukup je la senarai kat atas tu kot...

jadi apa kesimpulan korang tentang aina lepas korang baca kat atas tu...mesti ada terdeetik kat hati korang budak ni kerek la,tak pon pelik je,atau apa-apa la..

dah la aina cukup-cukup la membebel tu...orang dah bosan la baca entry kau...eh ye ke korang dah bosan takpe la..bertemu di lain waktu...

p/s: jangan la nak menyombong sangat.tegur-tegur la orang kiri kanan tu...